UNIVERSAL LANGUAGE


Wednesday, November 12, 2008

POSTING PERTAMA...

Sunset di Alor Setar

Salam sejahtera semua...Posting yang pertama di dalam LeftOver Hippies...Mari kita sama2 renungkan potongan dibawah ini...

"Mana ada ini macam lain tempat? Mana boleh lu cakap lain bahasa, gua cakap lain bahasa, itu orang pun cakap lain bahasa? Mana boleh semua orang keras kepala mau cakap sendiri punya bahasa? Ini negara Malaysia, kita kena cakap Bahasa Malaysia. Apasal susah sangat? Lu pergi Jepun lu kena cakap Jepun. Lu pergi China lu kena cakap Mandarin. Lu pergi England lu kena cakap Inggeris. Lu pergi Rusia lu kena cakap Rusia. Kita sama-sama duduk Malaysia lu tak mau cakap Bahasa Malaysia? Kenapa? Malaysia “special case” ka? Siapa cakap? Siapa bikin ini macam? Dalam semua-semua Negara dalam ini dunia, apasal Malaysia kena jadi “special case”? Untuk siapa? Lu atau gua? "

Aku dapat potongan diatas dari SINI. Artikel ini tidak berniat langsung untuk mencerca atau mengutuk sesiapa yang hidup atau yang mati, tetapi hanya sebagai meluahkan perasaan penulis.

Sabtu minggu lalu, aku berkesempatan berjumpa dengan kawan2 ku yang lama tak jumpa. "Tar Ke", adalah gelaran yang diberi kepada kawan aku yang berbangsa Malaysia walaupun menjalani hidup didalam sebuah keluarga Cina. "Tar Ke" bermaksud abang yang tua, kalau tak silap aku. Seorang lagi dikenali sebagai "Two Tone", nama yang diberi oleh Tar Ke kerana rambutnya bertukar warna dari hitam ke kelabu...juga berbangsa Malaysia.

Walaupun kami dah berkawan agak lama dan rapat, tetapi kami masih berkomunikasi dalam bahasa penjajah dahulu, iaitu Inggeris. Depa kata English tu 2nd language. Tapi bahasa apa kah yang 1st?

Kami bersantai di tepi pantai, belakang Chinese Swimming Club, berborak borak dan bercakap sesuka hati kami tanpa menghiraukan waktu. Ramai yang datang dan pergi tetapi kami bertiga lah yang tetap tidak berubah tempat sehinggalah "BINI" Tar Ke suruh dia balik. Hahahaa. Tar Ke ni bukan taku bini, cuma bini tak takut padanya.

Aku disuruh komen tentang YOGA dan beberapa isu lagi berkenaan Islam dan Melayu, walaupun aku ni seorang Bangsa Malaysia. Aku komen setakat yang mampu dan setakat yang aku percaya kebenarannya. Kalau nak dengar seperti ulamak, kena lah tanya Pejabat Ugama.

Apa yang aku nak sampaikan disini sebenarnya ialah, kenapa aku boleh menerima kehadiran lain2 bangsa didalam jiwa ku, tetapi tidak saudara2 ku yang berkokok sana sini untuk menjadi TUAN kepada Bangsa Malaysia? Sampai bilakah kita nak berkelompok didalam satu negara? Sampai bilakah aku perlu bertutur dalam BAhasa Inggeris kepada saudara2 Bangsa Malaysia ku yang lain? Bagaimanakah aku nak menceritakan tentang Bangsa Malaysia apabila aku sendiri bertutur dalam bahasa Inggeris, kepunyaan Bangsa Inggeris? ANCHUA???

Andrew, Nigel, YuHin, Budak pakai baju PINK, selamat berkenalan...

No comments: